Peperangan Badar Kubra berlaku diantara orang Islam Madinah dengan orang kafir Quraiys Makkah. Ia berlaku pada 17 ramadhan tahun kedua hijrah bersamaan 13 Januari tahun 624 Masihi disuatu lembah diantara Makkah dan Madinah. Peperangan ini merupakan yang pertama diketuai oleh Rasulullah S.A.W dan orang Islam menentang orang kafir. Peperangan tersebut dikenali juga dengan nama Peperangan Safwan ( صفوان ) dan “ بين الحق والباطل” ( menentukan antara kebenaran dan kesesatan.
Sebab Berlaku Peperangan
Setelah 2 tahun Rasulullah S.A.W berada di Madinah, pengaruh Islam dibawah pimpinan baginda semakin dihormati dan mendapat sokongan masyarakat Madinah. Namun begitu, rasulullah S.A.W dan umat Islam di Madinah sentiasa dalam keadaan kebimbingan kerana tindakan kafir Quraiys Makkah yang terus bercita-cita untuk menghancurkan pengaruh Islam terutama setelah Rasulullah S.A.W Berjaya berpindah ke Madinah.